SAMBAL GARING CHE NOR
Monday, 1 April 2019
SAMBAL KULIM
Dalam era teknologi yang serba moden ini,semua kemudahan telah disediakan. Tidak kira dari segi pengangkutan, kemudan tempat seperti tandas dan surau serta kemudahan gerai. Disebabkan itu, syarikat sambal garing che nor juga tidak ketinggalan untuk mengikuti restasan zaman moden ini. Ini kerana sambal garing che nor telah memudahkan semua pengguna untuk tidak berfikir lebih rumit tentang menu yang ingin disediakan. Oleh itu, marilah berama-ramai merasai kemudahan ini dengan membuat tempahan sambal garing che nor.
PENYEDIAAN
Kekadang selalu terfikir nak makan apa untuk minum petang. Asyik sediakan kuih-muih sahaja untuk keluarga. So daH bosan asyik makan kuih. haaaa kalau macam tu meh sis cadangkan makan makanan yang berat sedikit iaitu NASI GORENG KAMPUNG. Kat sini sis nak kongsikan resepi nasi goreng kampung untuk makan dengan SAMBAL GARING CHE NOR.
BAHAN-BAHAN :
- 5 cawan nasi putih
- 3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putiH
- Belacan sebesar ibu jari
- 10 tangkai cili padi
- 2 biji telur ayam
- Sayur kangkung
- 1 cawan ikan bilis
- Potongan ayam
- Perasa – Garam, gula, satu sudu sos tiram & kicap
- Minyak untuk menumis
- Ikan bilis digoreng dahulu dan asingkan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, cilI padi, ayam yg dipotong kecil serta belacan.
- Biar naik bau dan layu boleh masukkan telur.
- Kacau sampai rata dan masukkan nasi tadi.
- Gaulkan sebati dan boleh masukkan garam, gula, sos tiram serta kicap.
- Akhirnya masukkan sayur serta ikan bilis yang siap digoreng tadi.
- Masak sampai betul rata perasanya.
ILMU
Kelebihan ikan bilis :
1. Polyunsaturated Asid Lemak - mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana
2. Kalium - menjaga kesihatan saraf dan otak bagi menbolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
3. Vitamin penting - kaya dengan vitamin kuasa A, D dan E.
4. Kalsium dan protein - memastikan otot dan tisu kekal dalam keadaan yang baik.
2. Kalium - menjaga kesihatan saraf dan otak bagi menbolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
3. Vitamin penting - kaya dengan vitamin kuasa A, D dan E.
4. Kalsium dan protein - memastikan otot dan tisu kekal dalam keadaan yang baik.
SAMBAL GARING CHE NOR
hai you alls.... dah lama kan sis tak update pasal sambal garing che nor ni..just nak beritahu yang sis still available jual sambal garing ni. so jangan lah segan silu untuk beli ya..and kalau nak tahu lagi pasal sambal garing che nor yang sis jual ni, boleh follow instagram dan facebook sisπ
INSTAGRAM : anchovies_hope
Tuesday, 19 March 2019
ILMU
SAMBAL GARING CHE NOR
HARGA : RM 11.00 (SM) RM 14.00 (SS)
BERAT BERSIH : 150gm
BAHAN-BAHAN : bawang, cili kering, ikan bilis, minyak masak dan garam
NAMA SYARIKAT : Che Nor Food solution Sdn Bhd
ALAMAT : No. 1 Jalan Utarid U5/12, Mah Sing Integrated Industrial Park, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor
TARIKH LUPUT : Bertahan selama 6 bulan
INFO NUTRISI PER 100g : Tenaga (885 kcal), Lemak (71.1g), Karbohidrat (33.2g), Protin (28.2g)
ILMU
IKAN BILIS selalu digunakan oleh masyarakat melayu dalam hidangan masakan. So dah jadi kebiasaan bagi orang melayu untuk menggnakan ikan bilis dalam kehidupan harian. Oleh itu, terdapat pelbagai khasiat dalam ikan bilis yang boleh memberi kebaikkan kepada kita. Antaranya :
Vitamin A.
Satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. Menurut National Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel, di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.
Kalsium
Ikan bilis menyediakan sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100 g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk pembangunan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat.
Kalium
Jika anda ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383 mg kalium setiap hidangan. Kalium adalah penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia penting untuk pencernaan normal dan fungsi otot.
Selenium
Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36 mcg setiap hidangan. Selenium digunakan untuk penyakit-penyakit jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga untuk membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit, laporan dari MedlinePlus.
Subscribe to:
Posts (Atom)