Monday, 1 April 2019

PENYEDIAAN

Kekadang selalu terfikir nak makan apa untuk minum petang. Asyik sediakan kuih-muih sahaja untuk keluarga. So daH bosan asyik makan kuih. haaaa kalau macam tu meh sis cadangkan makan makanan yang berat sedikit iaitu NASI GORENG KAMPUNG. Kat sini sis nak kongsikan resepi nasi goreng kampung untuk makan dengan SAMBAL GARING CHE NOR.


BAHAN-BAHAN : 
  • 5 cawan nasi putih 
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putiH
  • Belacan sebesar ibu jari 
  • 10 tangkai cili padi 
  • 2 biji telur ayam
  • Sayur  kangkung
  • 1 cawan ikan bilis
  • Potongan ayam
  • Perasa – Garam, gula, satu sudu sos tiram & kicap
  • Minyak untuk menumis
Cara – cara memasak:
  1. Ikan bilis digoreng dahulu dan asingkan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cilI padi, ayam yg dipotong kecil serta belacan.
  3. Biar naik bau dan layu boleh masukkan telur.
  4. Kacau sampai rata dan masukkan nasi tadi.
  5. Gaulkan sebati dan boleh masukkan garam, gula, sos tiram serta kicap.
  6. Akhirnya masukkan sayur serta ikan bilis yang siap digoreng tadi. 
  7. Masak sampai betul rata perasanya.



No comments:

Post a Comment